Labels

Thursday, August 29, 2013

Hilangkan kahak bayi

Sudah berminggu-minggu baby batuk kemudian kena selesema plak tu..as a mother tentu la risau kan? google sana google sini, tanya sana tanya sini, jumpa la beberapa petua...antaranya;

-Daun kaduk + kapur sireh
-Bawang putih + kapur sireh
-Bawang putih + bawang merah + minyak masak
-Bawang putih + air panas
-Madu + air suam

Ermm..bagaimana nak apply pulak ye?


  1. Daun kaduk + kapur sireh
    • Ambil beberapa hehai daun kaduk (3-5 helai je) basuh bersih. Kemudian ambil sedikit kapur sireh campurkan sedikit air, kemudian ramas daun kaduk dengan campuran kapur dan air tadi sehingga kapur kelihatan kehijuan sedikit. Then lumurkan ke dada, perut dan belakang bayi. In Sya Allah kahak akan keluar bersama najis bayi anda.
  2. Bawang putih + kapur sireh
    • cara yang sama cuma gantikan daun kaduk dengan bawang putih, tetapi bawang putih hendah lah di bakar dahulu kemudian tumbuk kasi halus then gaulkan dengan kapur sireh.
  3. Bawang putih + bawang merah + minyak masak
    • Bawang putih + bawang merah ditumbuk tanpa dibuang kulitnya kemudian campurkan dengan minyak masak. Sapukan dan urut ke badan bayi terutama bahagian dada, belakang, dan tapak kaki bayi anda. (petua ni member yang bagi)
  4. Bawang putih + air panas
    • Didihkan air. Tumbuk beberapa ulas bawang putih, bila air dah mendidih masuk bawang putih tadi. Wapkan muka dan dada anak anda dengan wap air tadi. Tapi kena pastikan jarak jangan terlalu dekat. Pastikan anda pegang baby erat kerana bby pasti akn menendang oleh sebab wap yang panas. Untuk lebih berkesan selubungkan baby dengan napkin baby. Petua ni sesuai dilakukan selepas anda apply petua no. 3 td.
  5. Madu + air suam
    • Bancuhkan sesudu kecil madu dengan sedikit air suam, kemudian bagi anak anda minum. Boleh amalkan setiap hari dua kali sehari. Selain mencairkan kahak madu juga boleh menguatkan antibodi ank anda..kalau amalkan selalu In Sha Allah anak susah nak demam.
Dah pernah cuba petua no 1, 3 dan 4..alhamdulillah batuk bayi dah kurang. Petua no 5 memang dah amalkan sejak baby usia 2 bulan lagi..Alhamdulillah sampai sekarang baby tak pernah demam sekarang baby dah usia 5 bulan...

OK..selamat mencuba ye...

Wednesday, August 28, 2013

BILA KEHENDAK MENGATASI SEGALANYA

Bila kehendak dikuasai nafsu, akal fikiran yang waras diketepikan. Wahai saudaraku, berfikirlah dengan hati dan fikiran yang rasional sebelum bertindak. Jangan biarkan diri dikuasai nafsu yang boleh merosakkan kehidupan kita dan orang yang kita sayang. Berfikirlah dahulu sebelum bertindak. Jangan jadi manusia yang hanya memikirkan tentang diri sendiri sehingga darah daging diketepikan diabaikan!! Jangan terlalu mementingkan diri dan kepuasan hati sendiri, JANGAN!
Bila kehendak nafsu mengatasi kemampuan dan akal, maka binasa yang menunggumu...Ingatlah setiap apa yang kamu lakukan pasti ada balasannya. Jika kamu terlepas di dunia, di akhirat sana kamu tidak akan lepas.
Seandainya kamu lemah untuk menghalang kehendak nafsu mu berbalik lah kepada Tuhan mu, mohonlah kepadaNya supaya kuatkan hati dan imanmu, berikan jalan agar kamu bisa menghadapinya.


 p/s: PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA.

Friday, August 2, 2013

MooD rayA Dah DataNg, KerJa = MalAs!!

Balik kampung...hohohoho balik kampung
hati girang....
perjalanan jauh tak ku rasa
kerna hati ku melonjak sama
ingin bertemu sanak saudara
yang selalu bermain di mata..

Waduh waduh...aku dah dalam mood raya nih..hahaha
tak sabar nak balik kampung..esk lastday aku kerja pastu balik kampung..yeaaaaaahaaaaaa...bestnya xsabar nak balik nih..mood excited nak balik beraya..hohohoho..malam tadi pergi shopping baju raya dengan hubby dan puteri kesayangan kat AEON BIG...Baju cantik2 tp susah tul nk cari saiz aku..nasib la badan kecik sangat aku nih..huhuhu
Last2 jumpa gak la baju..nasib baik jumpa klu tak tak de baju raya la ku tahun ni..hehehe..tuk puteri aku 4pasang baju beli semalam..hah ambik koo...xpe la bkn selalu pun..lagi pun 1st time dia nak beraya..tahun lepas dia beraya dalam perut aku, tahun ni dah keluar raya sakan la gamak nyerr...
Dalam sibuk-sibuk buat persiapan  raya dan hati sayik ingat kat kampung ni, hari ni satu benda kerja kat opis aku dah malas nak wat..dah xde mood nk kerja..hehehe bos jangan marah ye..setahun sekali jerrr....hehehe
Powered By Blogger