Labels

Sunday, September 22, 2013

Admitted..

Sudah 3 hari 3 mlm aku admitted kat HTAR KLANG...sebabnya aku sakit perut bawah rusuk sebelah kanan...mula tu aku dah pergi ke klinik and doctor cakap gastric je..tp bila balik umah makan ubat gastric pun still sakit lagi so, aku ajak suami ke hospital. lepas checkup doctor cakap maybe ada batu karang dalam hempedu. So, untuk mengesahkan doctor ambik darah untuk ujian..hampir lima jam aku tggu doctor panggil nombor aku balik. Sepatutnya hanya 3 jam je masa kena tggu untuk result darah. Rupanya ada sedikit masalah dengan darah aku..something dalam darah yang menunjukkan fungsi hati terganggu..adus..penyakit lain plok timbul...huhu
Sampai skrg aku masih lagi Kat ward...harap2 esk dapat blk..huhuuhu
Doakan aku ye..

Saturday, September 14, 2013

AKU

Mereka tak pernah tahu apa yang terbuku dalam hati ku. Aku kecewa, pasrah, dan berserah. Aku seorang anak, isteri, ibu dan hamba-Nya yang sangat lemah dan rapuh hatinya. Setiap hari aku lalui penuh dengan harapan dan doa agar aku mendapat semangat dan kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan dan ujian. Ye aku diuji sebagai seorang anak, isteri dan ibu. Setiap hari, jam, detik dan saat aku berdoa agar mereka yang aku sayangi dilindungi dan diberkati. Aku tak mampu bersama-sama dengan mereka setiap saat, aku tidak boleh menjaga mereka setiap waktu dan aku tidak punya masa untuk mengawasi mereka setiap masa. Hanya aku titipkan doa setiap masa agar Allah bersama, menjaga dan mengawasi mereka setiap saat, waktu dan masa. Aku tidak mengharapkan sesiapa pun kecuali Allah.
Sebagai seorang anak aku tidak mampu untuk sentiasa bersama mereka dikala mereka sakit, sedih dan gembira kerana aku seorang isteri juga yang hanya mampu mengikut perintah suami. Aku tidak mahu menjadi isteri derhaka, isteri yang tidak mendapat redha suami, kerana rehda suami adalah redha Allah. Aku mahu ibu dan bapaku berbangga mempunyai anak yang taat kepada suami di ahkirat sana, supaya mereka tahu mereka telah mendidik aku dengan berjaya. Bagi aku ibu bapaku seorang yang berjaya sebagai ibubapa bukan kerana anak-anaknya berjaya dalam hidup tapi kerana anak-anaknya tidak pernah mengabaikan perintah Allah.
Sebagai seorang ibu, aku tidak mampu untuk bersama dan menjaga anakku setiap waktu, kerana aku perlu bekerja. Keluar rumah bersama-sama suami untuk mencari nafkah. Kalau dulu aku bekerja untuk diriku semata-mata, namun sekarang bila sudah menjadi ibu baru aku sedar sebenarnya aku bekerja untuk anak dan ibubapaku. aku mahu mereka senang.Sebagai seorang ibu aku sentiasa bimbang meninggalkan anakku dibawah jagaan pengasuh apatah lagi sekarang macam-macam berlaku kepada anak-anak yang ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar anak aku dilindungi dan pengasuh anakku seorang yang penyayang kepada kanak-kanak. Hanya itu yang mampu aku buat. Maafkan mama sayang.
Sebagai seorang isteri, aku tidak mampu untuk bersama-sama suamiku setiap masa. Aku tidak punyai cukup masa untuk memantau pergerakkan suamiku. Apa yang dia buat, apa yang dia makan, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia bersembang di telefon dan dengan siapa dia ber'sms'. Aku hanya mampu berdoa agar aku diberi kekuatan dan sentiasa bersangka baik dengan suami ku. Aku mahu menjadi isteri yang baik dan sentiasa menberi kesenangan di hati suami dikala dia sedih, duka, gembira dan penat bekerja. Bukan sekadar menjadi seorang isteri, tapi sebagai seorang teman dan juga sahabat. Namun aku tahu sekuat mana pun harapan dan usahaku untuk menjadi yang terbaik aku tetap juga akan melakukan kesilapan kerana aku seorang insan yang lemah. aku tidak mempunyai tenaga yang kuat setiap masa. Setelah penat bekerja dipejabat kerja di rumah juga menanti. Aku sanggup berkorban demi anak dan suami agar mereka sentiasa sihat walaupun aku penat kerana aku sayang mereka.
Disebalik senyumku, tawaku dan renungan mataku hanya untuk mereka yang aku kasihi. Biar aku disakiti, dan dilukai jangan mereka. Aku sentiasa berdoa agar aku dipanjangkan umur supaya dapat menjaga mereka.

Friday, September 13, 2013

Aku Dah........

Enteri ni saje jer aku nk menulis cerita tp saje nk nnulis dale bahaso ibunda aku ia itu loghat klate..sapo2 ore klate hok baco maybe pehe la..hok tok pehe tuh mintok maah bbayok la deh..
hehehe..sajo suko2 jah nih takdok idea lain etek..kisah nih hanyo imaginasi dan rekaan aku blako tak dok keno mengeno hok hidup atau hok dah meninggal dunio.....


EPSD#1

“Suriram ram suriram…lallalalala…ehemm..dua tiga si kucing belang, mana nak sama kamu seorang..hheee” sengih mace kkere busuk..

“Suriram la kau tu..aku siram baru kau tahu! Dah pi mandi. Dari tadi duk termenung kat meja tu!”tegur Ain, housemate aku merangkap roommate aku.

“Alaaa..kau ni, aku baru nak berangan. Kacau betul la..”jawab ku

“Ain yang Ain gi kaca ore hati tenggoh bbungo tu bakpo? Ore nok nikoh ni gak dale ati ado tame..ko guano mek?” sampuk housemate aku hok sore lagih..Hani namo dio.

Heehehe..dok lamo doh nak sapa ko tarikh besa aku n si dio..4 taun doh kenal. Lamo ko? Lamo doh tu kalu nikoh anak tigo doh bah kali. Tinggal 2 minggu jah lagi pah jadi bini ore doh la aku.Pahni bilo la plok nak buleh jjupo nga demo ni. Braso tok se nikoh eh plok..hah buleh! Nok gi mandi doh eh.

>>>>>>> 

“Aiiyaaa….bungo telor aku tok siap-siap lagi nih guano? Minggu depe nk balik kkapong doh. Ain eh, mari la ttulun ore wat bungo telor nih.” Aku ajok ain buat bunga telor.

“Jap Ija, Ain nak habiskan kerja Ain ni. Pas tu Ain tolong ye..” oyaknyo Ain

“Betul ni? Cayang Ain..” Hee..sengeh supo kkere busuk. Duk meta Ain, rumet kesaye-nge aku pong mari join aku wat bungo telor.
Duk ralit aku nga Ain wat bungo telor, tibo2......
"Gedegang!!" Bunyi bendo jatuh ddapur...pah tuh gak eh
"Geng geng geng....nopak nopak pung pung cak pung cak pung......." Lida, mek klate jugok melatoh.
"Heh! letih weh! mung wat gapo tuh mek Alin weh?!" maroh Lida ko Alin duk ddapur nuh. Alin Sengeh lah la supo monyek buleh bungo. 
Apo lagih selok blako la duk ssuko ko mek Lida tuh..Abih bungo silap dio buko. Nnya duk joget tu gak...hahahaha
Dale rumoh sewo nih Ain sore jah ore luar, hok lain semua ore klate. Aku duk serumoh 6 ore, Aku, Ain, Hani, Lida, Zati n Alin..Eh eh..tok ingat Alin buke klate tp gganu.
 
>>>>>>>
 
 
NEXT episod TO BE CONTINIIEEUU..hehehe
Powered By Blogger