Labels

Thursday, August 29, 2013

Hilangkan kahak bayi

Sudah berminggu-minggu baby batuk kemudian kena selesema plak tu..as a mother tentu la risau kan? google sana google sini, tanya sana tanya sini, jumpa la beberapa petua...antaranya;

-Daun kaduk + kapur sireh
-Bawang putih + kapur sireh
-Bawang putih + bawang merah + minyak masak
-Bawang putih + air panas
-Madu + air suam

Ermm..bagaimana nak apply pulak ye?


  1. Daun kaduk + kapur sireh
    • Ambil beberapa hehai daun kaduk (3-5 helai je) basuh bersih. Kemudian ambil sedikit kapur sireh campurkan sedikit air, kemudian ramas daun kaduk dengan campuran kapur dan air tadi sehingga kapur kelihatan kehijuan sedikit. Then lumurkan ke dada, perut dan belakang bayi. In Sya Allah kahak akan keluar bersama najis bayi anda.
  2. Bawang putih + kapur sireh
    • cara yang sama cuma gantikan daun kaduk dengan bawang putih, tetapi bawang putih hendah lah di bakar dahulu kemudian tumbuk kasi halus then gaulkan dengan kapur sireh.
  3. Bawang putih + bawang merah + minyak masak
    • Bawang putih + bawang merah ditumbuk tanpa dibuang kulitnya kemudian campurkan dengan minyak masak. Sapukan dan urut ke badan bayi terutama bahagian dada, belakang, dan tapak kaki bayi anda. (petua ni member yang bagi)
  4. Bawang putih + air panas
    • Didihkan air. Tumbuk beberapa ulas bawang putih, bila air dah mendidih masuk bawang putih tadi. Wapkan muka dan dada anak anda dengan wap air tadi. Tapi kena pastikan jarak jangan terlalu dekat. Pastikan anda pegang baby erat kerana bby pasti akn menendang oleh sebab wap yang panas. Untuk lebih berkesan selubungkan baby dengan napkin baby. Petua ni sesuai dilakukan selepas anda apply petua no. 3 td.
  5. Madu + air suam
    • Bancuhkan sesudu kecil madu dengan sedikit air suam, kemudian bagi anak anda minum. Boleh amalkan setiap hari dua kali sehari. Selain mencairkan kahak madu juga boleh menguatkan antibodi ank anda..kalau amalkan selalu In Sha Allah anak susah nak demam.
Dah pernah cuba petua no 1, 3 dan 4..alhamdulillah batuk bayi dah kurang. Petua no 5 memang dah amalkan sejak baby usia 2 bulan lagi..Alhamdulillah sampai sekarang baby tak pernah demam sekarang baby dah usia 5 bulan...

OK..selamat mencuba ye...

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger