Labels

Friday, November 1, 2013

Ingat senang ke?!

Susah! bukan senang nak jadi isteri, ibu, pekerja, cleaner, tukang masak, akauntan, pengurus, doktor dalam satu masa..aku memang tabik spring la kepada ibu-ibu yang bekerja dan xde pambantu rumah tapi rumah bersih dan kemas giler. Baju siap basuh dan berlipat, barang-barang dalam umah semua tersusun rapi. Suri rumah sepenuh masa pun belum tentu dapat settlekan kerja-kerja umah dalam satu hari! Tambah-tambah yang bekerja. comfirm hujung minggu baru buat kan kan kan...? Penat weh jadi isteri dan ibu yang bekerjaya. Actually duk di rumah lagi penat dari duk kat opis tau!
Lepas ada anak baru aku tau penat sangat-sangat jadi mak, ibu, mama, mummy, umi dan banyak lagi panggilan anak kepada ibu mereka. Apatah lagi punya ramai anak. Setiap sorang anak ada ragam dan peel mereka sendiri. Sebab tu la syurga tu terletak di bawah tapak kaki ibu. Besar pengorbanan ibu kepada kita. Dari saat mengandung, melahirkan sampailah membesarkan, ibu yang banyak berkorban. Aku terfikir mungkin apa yang aku lalui hari ini sama seperti mamaku lalui..penat melayan kerenah anak-anak di tambah dengan karenah suami pula.
Di sini aku nak pesan lah kepada suami2 tolong faham keadaan isteri jangan pandai bagi arahan jerr..cuba lihat dengan mata hati susah payah isteri melaksanakan tugas di rumah yang sebenarnya anda yang patut galas..bukan 100% terletak di bahu isteri. Kalau isteri sanggup berkorban keluar bekerja kenapa anda tidak sanggup berkorban bersama-sama isteri melakukan kerja rumah?
Fikir dan renung lah bersama...

wassalam..

Wednesday, October 23, 2013

Rendang Daging Simple sangat2....


Akhirnya dapat gak la spent masa tuk buat rendang daging hujung minggu lepas, hari ni baru dapat upload dalam blog. Simple, tapi sedap gak (hehehe..puji sendiri plok) tambah2 makan dengan lemang memang terangkat...hehehe. Makan dengan nasi putih pun sedap tambah2 nasi panas2 lagi..peghhh..hehehe
resipi yang cukup ringkas, nah resipi nya:

Bahan-bahan:
500gram daging dipotong kecil
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1sudu teh serbuk kunyit
1cm lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar serbuk kari daging
1 kotak santan
1 gelas air
1 mangkuk air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Bawang merah, bawang putih, halia lengkuas dan satu batang serai di kisar halus.
Kemudian tuangkan ke atas daging yang siap di potong dan di basuh.
Masukan kesemua bahan-bahan tadi kecuali dua batang serai (diketuk) dan santann.
perap sekejap dalam 20-30 minit.
Panaskan kuali, masukan daging yang telah di perap tadi kacau sehingga mendidih.
Kemudian masukkan santan dan serai.
Kacau sehingga sedikit kering.
Tutup api dan hidangkan...

Sunday, September 22, 2013

Admitted..

Sudah 3 hari 3 mlm aku admitted kat HTAR KLANG...sebabnya aku sakit perut bawah rusuk sebelah kanan...mula tu aku dah pergi ke klinik and doctor cakap gastric je..tp bila balik umah makan ubat gastric pun still sakit lagi so, aku ajak suami ke hospital. lepas checkup doctor cakap maybe ada batu karang dalam hempedu. So, untuk mengesahkan doctor ambik darah untuk ujian..hampir lima jam aku tggu doctor panggil nombor aku balik. Sepatutnya hanya 3 jam je masa kena tggu untuk result darah. Rupanya ada sedikit masalah dengan darah aku..something dalam darah yang menunjukkan fungsi hati terganggu..adus..penyakit lain plok timbul...huhu
Sampai skrg aku masih lagi Kat ward...harap2 esk dapat blk..huhuuhu
Doakan aku ye..

Saturday, September 14, 2013

AKU

Mereka tak pernah tahu apa yang terbuku dalam hati ku. Aku kecewa, pasrah, dan berserah. Aku seorang anak, isteri, ibu dan hamba-Nya yang sangat lemah dan rapuh hatinya. Setiap hari aku lalui penuh dengan harapan dan doa agar aku mendapat semangat dan kekuatan dalam menghadapi setiap dugaan dan ujian. Ye aku diuji sebagai seorang anak, isteri dan ibu. Setiap hari, jam, detik dan saat aku berdoa agar mereka yang aku sayangi dilindungi dan diberkati. Aku tak mampu bersama-sama dengan mereka setiap saat, aku tidak boleh menjaga mereka setiap waktu dan aku tidak punya masa untuk mengawasi mereka setiap masa. Hanya aku titipkan doa setiap masa agar Allah bersama, menjaga dan mengawasi mereka setiap saat, waktu dan masa. Aku tidak mengharapkan sesiapa pun kecuali Allah.
Sebagai seorang anak aku tidak mampu untuk sentiasa bersama mereka dikala mereka sakit, sedih dan gembira kerana aku seorang isteri juga yang hanya mampu mengikut perintah suami. Aku tidak mahu menjadi isteri derhaka, isteri yang tidak mendapat redha suami, kerana rehda suami adalah redha Allah. Aku mahu ibu dan bapaku berbangga mempunyai anak yang taat kepada suami di ahkirat sana, supaya mereka tahu mereka telah mendidik aku dengan berjaya. Bagi aku ibu bapaku seorang yang berjaya sebagai ibubapa bukan kerana anak-anaknya berjaya dalam hidup tapi kerana anak-anaknya tidak pernah mengabaikan perintah Allah.
Sebagai seorang ibu, aku tidak mampu untuk bersama dan menjaga anakku setiap waktu, kerana aku perlu bekerja. Keluar rumah bersama-sama suami untuk mencari nafkah. Kalau dulu aku bekerja untuk diriku semata-mata, namun sekarang bila sudah menjadi ibu baru aku sedar sebenarnya aku bekerja untuk anak dan ibubapaku. aku mahu mereka senang.Sebagai seorang ibu aku sentiasa bimbang meninggalkan anakku dibawah jagaan pengasuh apatah lagi sekarang macam-macam berlaku kepada anak-anak yang ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar anak aku dilindungi dan pengasuh anakku seorang yang penyayang kepada kanak-kanak. Hanya itu yang mampu aku buat. Maafkan mama sayang.
Sebagai seorang isteri, aku tidak mampu untuk bersama-sama suamiku setiap masa. Aku tidak punyai cukup masa untuk memantau pergerakkan suamiku. Apa yang dia buat, apa yang dia makan, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia bersembang di telefon dan dengan siapa dia ber'sms'. Aku hanya mampu berdoa agar aku diberi kekuatan dan sentiasa bersangka baik dengan suami ku. Aku mahu menjadi isteri yang baik dan sentiasa menberi kesenangan di hati suami dikala dia sedih, duka, gembira dan penat bekerja. Bukan sekadar menjadi seorang isteri, tapi sebagai seorang teman dan juga sahabat. Namun aku tahu sekuat mana pun harapan dan usahaku untuk menjadi yang terbaik aku tetap juga akan melakukan kesilapan kerana aku seorang insan yang lemah. aku tidak mempunyai tenaga yang kuat setiap masa. Setelah penat bekerja dipejabat kerja di rumah juga menanti. Aku sanggup berkorban demi anak dan suami agar mereka sentiasa sihat walaupun aku penat kerana aku sayang mereka.
Disebalik senyumku, tawaku dan renungan mataku hanya untuk mereka yang aku kasihi. Biar aku disakiti, dan dilukai jangan mereka. Aku sentiasa berdoa agar aku dipanjangkan umur supaya dapat menjaga mereka.

Friday, September 13, 2013

Aku Dah........

Enteri ni saje jer aku nk menulis cerita tp saje nk nnulis dale bahaso ibunda aku ia itu loghat klate..sapo2 ore klate hok baco maybe pehe la..hok tok pehe tuh mintok maah bbayok la deh..
hehehe..sajo suko2 jah nih takdok idea lain etek..kisah nih hanyo imaginasi dan rekaan aku blako tak dok keno mengeno hok hidup atau hok dah meninggal dunio.....


EPSD#1

“Suriram ram suriram…lallalalala…ehemm..dua tiga si kucing belang, mana nak sama kamu seorang..hheee” sengih mace kkere busuk..

“Suriram la kau tu..aku siram baru kau tahu! Dah pi mandi. Dari tadi duk termenung kat meja tu!”tegur Ain, housemate aku merangkap roommate aku.

“Alaaa..kau ni, aku baru nak berangan. Kacau betul la..”jawab ku

“Ain yang Ain gi kaca ore hati tenggoh bbungo tu bakpo? Ore nok nikoh ni gak dale ati ado tame..ko guano mek?” sampuk housemate aku hok sore lagih..Hani namo dio.

Heehehe..dok lamo doh nak sapa ko tarikh besa aku n si dio..4 taun doh kenal. Lamo ko? Lamo doh tu kalu nikoh anak tigo doh bah kali. Tinggal 2 minggu jah lagi pah jadi bini ore doh la aku.Pahni bilo la plok nak buleh jjupo nga demo ni. Braso tok se nikoh eh plok..hah buleh! Nok gi mandi doh eh.

>>>>>>> 

“Aiiyaaa….bungo telor aku tok siap-siap lagi nih guano? Minggu depe nk balik kkapong doh. Ain eh, mari la ttulun ore wat bungo telor nih.” Aku ajok ain buat bunga telor.

“Jap Ija, Ain nak habiskan kerja Ain ni. Pas tu Ain tolong ye..” oyaknyo Ain

“Betul ni? Cayang Ain..” Hee..sengeh supo kkere busuk. Duk meta Ain, rumet kesaye-nge aku pong mari join aku wat bungo telor.
Duk ralit aku nga Ain wat bungo telor, tibo2......
"Gedegang!!" Bunyi bendo jatuh ddapur...pah tuh gak eh
"Geng geng geng....nopak nopak pung pung cak pung cak pung......." Lida, mek klate jugok melatoh.
"Heh! letih weh! mung wat gapo tuh mek Alin weh?!" maroh Lida ko Alin duk ddapur nuh. Alin Sengeh lah la supo monyek buleh bungo. 
Apo lagih selok blako la duk ssuko ko mek Lida tuh..Abih bungo silap dio buko. Nnya duk joget tu gak...hahahaha
Dale rumoh sewo nih Ain sore jah ore luar, hok lain semua ore klate. Aku duk serumoh 6 ore, Aku, Ain, Hani, Lida, Zati n Alin..Eh eh..tok ingat Alin buke klate tp gganu.
 
>>>>>>>
 
 
NEXT episod TO BE CONTINIIEEUU..hehehe

Thursday, August 29, 2013

Hilangkan kahak bayi

Sudah berminggu-minggu baby batuk kemudian kena selesema plak tu..as a mother tentu la risau kan? google sana google sini, tanya sana tanya sini, jumpa la beberapa petua...antaranya;

-Daun kaduk + kapur sireh
-Bawang putih + kapur sireh
-Bawang putih + bawang merah + minyak masak
-Bawang putih + air panas
-Madu + air suam

Ermm..bagaimana nak apply pulak ye?


  1. Daun kaduk + kapur sireh
    • Ambil beberapa hehai daun kaduk (3-5 helai je) basuh bersih. Kemudian ambil sedikit kapur sireh campurkan sedikit air, kemudian ramas daun kaduk dengan campuran kapur dan air tadi sehingga kapur kelihatan kehijuan sedikit. Then lumurkan ke dada, perut dan belakang bayi. In Sya Allah kahak akan keluar bersama najis bayi anda.
  2. Bawang putih + kapur sireh
    • cara yang sama cuma gantikan daun kaduk dengan bawang putih, tetapi bawang putih hendah lah di bakar dahulu kemudian tumbuk kasi halus then gaulkan dengan kapur sireh.
  3. Bawang putih + bawang merah + minyak masak
    • Bawang putih + bawang merah ditumbuk tanpa dibuang kulitnya kemudian campurkan dengan minyak masak. Sapukan dan urut ke badan bayi terutama bahagian dada, belakang, dan tapak kaki bayi anda. (petua ni member yang bagi)
  4. Bawang putih + air panas
    • Didihkan air. Tumbuk beberapa ulas bawang putih, bila air dah mendidih masuk bawang putih tadi. Wapkan muka dan dada anak anda dengan wap air tadi. Tapi kena pastikan jarak jangan terlalu dekat. Pastikan anda pegang baby erat kerana bby pasti akn menendang oleh sebab wap yang panas. Untuk lebih berkesan selubungkan baby dengan napkin baby. Petua ni sesuai dilakukan selepas anda apply petua no. 3 td.
  5. Madu + air suam
    • Bancuhkan sesudu kecil madu dengan sedikit air suam, kemudian bagi anak anda minum. Boleh amalkan setiap hari dua kali sehari. Selain mencairkan kahak madu juga boleh menguatkan antibodi ank anda..kalau amalkan selalu In Sha Allah anak susah nak demam.
Dah pernah cuba petua no 1, 3 dan 4..alhamdulillah batuk bayi dah kurang. Petua no 5 memang dah amalkan sejak baby usia 2 bulan lagi..Alhamdulillah sampai sekarang baby tak pernah demam sekarang baby dah usia 5 bulan...

OK..selamat mencuba ye...

Wednesday, August 28, 2013

BILA KEHENDAK MENGATASI SEGALANYA

Bila kehendak dikuasai nafsu, akal fikiran yang waras diketepikan. Wahai saudaraku, berfikirlah dengan hati dan fikiran yang rasional sebelum bertindak. Jangan biarkan diri dikuasai nafsu yang boleh merosakkan kehidupan kita dan orang yang kita sayang. Berfikirlah dahulu sebelum bertindak. Jangan jadi manusia yang hanya memikirkan tentang diri sendiri sehingga darah daging diketepikan diabaikan!! Jangan terlalu mementingkan diri dan kepuasan hati sendiri, JANGAN!
Bila kehendak nafsu mengatasi kemampuan dan akal, maka binasa yang menunggumu...Ingatlah setiap apa yang kamu lakukan pasti ada balasannya. Jika kamu terlepas di dunia, di akhirat sana kamu tidak akan lepas.
Seandainya kamu lemah untuk menghalang kehendak nafsu mu berbalik lah kepada Tuhan mu, mohonlah kepadaNya supaya kuatkan hati dan imanmu, berikan jalan agar kamu bisa menghadapinya.


 p/s: PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA.

Friday, August 2, 2013

MooD rayA Dah DataNg, KerJa = MalAs!!

Balik kampung...hohohoho balik kampung
hati girang....
perjalanan jauh tak ku rasa
kerna hati ku melonjak sama
ingin bertemu sanak saudara
yang selalu bermain di mata..

Waduh waduh...aku dah dalam mood raya nih..hahaha
tak sabar nak balik kampung..esk lastday aku kerja pastu balik kampung..yeaaaaaahaaaaaa...bestnya xsabar nak balik nih..mood excited nak balik beraya..hohohoho..malam tadi pergi shopping baju raya dengan hubby dan puteri kesayangan kat AEON BIG...Baju cantik2 tp susah tul nk cari saiz aku..nasib la badan kecik sangat aku nih..huhuhu
Last2 jumpa gak la baju..nasib baik jumpa klu tak tak de baju raya la ku tahun ni..hehehe..tuk puteri aku 4pasang baju beli semalam..hah ambik koo...xpe la bkn selalu pun..lagi pun 1st time dia nak beraya..tahun lepas dia beraya dalam perut aku, tahun ni dah keluar raya sakan la gamak nyerr...
Dalam sibuk-sibuk buat persiapan  raya dan hati sayik ingat kat kampung ni, hari ni satu benda kerja kat opis aku dah malas nak wat..dah xde mood nk kerja..hehehe bos jangan marah ye..setahun sekali jerrr....hehehe

Friday, July 26, 2013

Dah Separuh Jalan Daa....

Alhamdulillah..sedar tak sedar kita dah sampai dipertengahan Ramadhan..hari ni dah 17 hari kita berpuasa. Persiapan untuk hari raya ape pun aku tak buat lagi..baju raya pun tak sempat nak cari lagi. Biskut raya? hampeh satu pun aku tak sempat buat tahun ni. Klau last year sempat gak aku buat dua jenis biskut walaupun dalam keadaan tak sihat. Errmm..nampak gaya semua biskut tunjuk je la tahun ni. Plan nak buat tapi......dengan kekangan masa dan busy dengan anak lagi memang tak sempat......huhuhu..

okey lah aku tak tau nak taip ape dah..
Selamat berpuasa semua.......daaaa..

Wednesday, July 10, 2013

AHLAM WAA SAHLAM YA RAMADHAN..

Ramadhan datang lagi..Alhamdulillah aku diberi peluang lagi tahun ni untuk bertemu bulan ramadhan yang penuh berkat. Ramadhan kali kedua setelah bergelar isteri dan kali pertama bergelar ibu. Kali kedua menyambut bulan ramadhan bersama suami tercinta. Diberi peluang lagi oleh Allah menunaikan rukun islam ini. Semoga Allah mempemudahkan segala urusan dan meringankan segalanya.
 Pagi ini sungguh bermakna kerana aku dapat bersahur dengan suami dengan baik..kerana tahun lepas aku tak dapat bersahur dengan baik kerana masa tu tengah "mabuk" dan pening-pening sebab morning sickness.
Alhamdulillah aku dapat masak untuk sahur kami ramadan tahun ini walaupun juadahnya simple je..tp bertambah juga my hubby makan sahur tadi...hehehe
Bulan ramadan pernuh berkat ini aku nak mohon maaf dan salah kepada sesiapa yang pernah aku sakiti hatinya sama ada sengaja atau pun tidak..sekiranya ada kata-kata, perbuatan dan ayat-ayat aku yang menyakitkan hati  maaf aku pinta.
Aku harap ramadhan kali ini memberi penuh makna kepada kita semua...aminn.


Monday, July 8, 2013

Keluar pagi balik malam...

Pening aku nak fikir jalan selesai masalah ni. Pergi kerja matahari baru nak naik, balik kerja matahari terbenam..pergi kerja anak tak bangun lagi, balik kerja anak dah tidur, masa untuk anak bila nya?
Kesian betul la..nanti anak tak kenal mak ayah sendiri. Membesar bersama babysitter..adoi hai...kalau ikutkan hati nak saja duk umah. Jadi housewife..kerja nya jaga anak dan urus rumah tangga. Tp tu la..berbelah bagi..sebagai ibu aku nak tengok anak membesar depan mata, dengan tangan aku sendiri..bila anak dapat belajar meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan bercakap, aku nak jadi orang pertama melihat semua tu. Pada masa yang sama aku kesian suami kerja sorang-sorang. Ya Allah berikan aku jalan untuk selesaikan masalah ini..Engkau murahkan rezeki suami ku..Engkau permudahkan segalanya ya Allah..

Saturday, July 6, 2013

Layan sekejap...

Tak guna memujuk lagi
Pabila orang dah benci
Tak perlu rayu simpati
Dia dah tak sudi
oooooooooooooo....
Biarpun ku masih sayang
Kasih ku tak pernah padam
Tetapi apakan daya
Terpaksa ku lepaskan
Sampai hati mu melihat diriku dihukum begini
Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi
lalallalalala.........
Bila orang dah benci tak guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri...
lalalalala
lalalla

pegagi dah layan lagu salem ni..heheh best gak layan jiwang kat opis ni..
layan lagu ni kerje aku tak buat kang...mati la kalau kena dengan bos sat ag...hahaha

Friday, July 5, 2013

Muhasabah diri

Alhamdulilah hari ni di beri peluang lagi untuk terus hidup di dunia ini mungkin esok kita akan di panggil tuhan. Sementara kesempatan masih ada ini hargailah orang di sekeliling kita. Luangkan masa bersama dan maafkan kesalahan antara satu sama lain. Tak salah kalau kita rendahkan ego kita untuk meminta maaf dengan orang sekeliling kita, atau kita akan terlambat dan menyesal suatu hari nanti. Kita perlu ingat 3 perkara tentang mati yang disembunyikan dari kita ia itu masa, di mana dan bagaimana semua itu rahsia Allah. Bersama kita memanafaatkan masa yang ada kerana masa tak akan kembali selepas ia berlalu.

Thursday, July 4, 2013

Baby hat with brim

iklan sekejap...hehe

Fit untuk baby umur 3-6bln 
untuk tempahan blh sms/whatsup no ini 01123786561 <Eizzan>


cakk!! saya dah jadi model mama...hehe comel x??


Renungan sekejap..

Kenapa la kita tak pernah puas dengan apa yang kita ada? Bukan nak cakap kat orang tapi tuk diri aku sendiri jugak. Kadang-kadang ada juga cemburu..hehehe
Tapi kan kita kena la muhasabah diri kita dan perlu kita ingat semua dah ditetapkan sejak dulu lagi dan setiap orang yang hidup kat dunia ni ada bahagian masing-masing. Begitu juga aku, semua orang ada rezeki masing-masing tak perlu kita nak cemburu dengan kelebihan dan kejayaan orang lain. Mungkin itu bukan milik kita. Ingat Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya di dunia ini.
Rezeki kita dah ditetapkan sejak dalam rahim ibu lagi, so jangan lah kita sesali setiap apa yang terjadi walaupun satu hari atau sesaat pun..Allah punya perancangan yang terbaik untuk hamba-Nya.
Sekadar renungan bersama di petang hari..peace :-D

Wednesday, July 3, 2013

DULU DAN SEKARANG...



Hari ni pagi-pagi dah mula fikir balik kerja nanti nak masak ape? Bukan setakat pagi ni dan hari ni..tapi tiap-tiap hari asyik duk pk nak masak apa..kadang-kadang sampai tak tahu nak masak..hahaha. Kalau dulu tak payah nak fikir nak masak apa..makan la ape pun asal kenyang. Bila dah kawin boleh dikatakan hampir 100% berubah (maybe dalam 90% kot) gaya hidup. Dalam setahun usia perkawinan aku, memang hampir semua aktiviti aku dihujung minggu dan hari-hari biasa berubah. Kepenatan!!

Ye la mana tak penat balik kerja kena wat kerja macam gambar di bawah ni...
semua ALL IN ONE..haaisshh boleh pengsan gini..so, suami2 kena paham ye klau si isteri ni 'pot-pet pot-pet'..ngee :-D
tapi kan alangkah bagus kalau suami yang jadi................


heheeh..sekali-sekala apa salahnye kan?

Kepada suami-suami kat luar tu jadi la suami yang baik ye, tolong-tolong la isteri kat umah..


tolong kacau pun ok dah...hehehe...

Tuesday, July 2, 2013

Baby batuk la plak.......

Dah beberapa hari my baby batuk..semalam dah macam selesema plak..risau gak bila baby batuk dan selesema ni. Ye la baby bukan macam kita pandai nak buang kahak sendiri..yang dia tahu nangis je la..jenuh gak la aku duk google macam mana nak kurangkan dan hilangkan batuk baby. jenguk dari satu blog ke satu blog..semua suggest yang sama that is MADU, bawang putih dah daun kaduk..errmm aku cuba madu dulu. alhamdulillah batuk baby dah kurang sikit. Aku campurkan madu dengan sedikit air suam pada mulanya..then aku mula fikir why not aku campukan dengan susu. Hah ambik ko berselera baby aku minum susu dia..haha yela manis katakan. Disini aku nak kongsi sikit la tentang kebaikan MADU..Madu lebah okey bkn Madu yang satu lagi tu..korang jangan pikr MADU yang lagi satu tu ye..haha

  1. Boleh dijadikan penambah perisa dalam masakan,
  2. Bertindak sebagai anti-botik dimana madu bertindak memperkuatkan sel darah putih,
  3. Madu juga berkebolehan menyembuhkan luka.
  4. Madu mudah dicernakan oleh perut kita
  5. Boleh dijadikan sebagai pengawet makanan
  6. dan paling penting madu baik untuk anak-anak.
Sebenarnya banyak lagi khasiat dan manafat madu ni..korang boleh google untuk dapatkan matlumatnya..penat la nak taip..hehehe peace =>

Friday, June 28, 2013

Gomo Klate Gomo..!

Haa...penangan final piala FA..sanggup berasak-asak semata-mata kerana nak dapatkan tiket..
gambarkat bawah ni aku ambik dari myMetro..sampai kena himpit..adoiyaii.....

Foto Menarik

Gembira pun ada..dah dapat tiket kan......

Foto Menarik


Ada yang sanggup berhabis duit sampai ratusan ringgit semata-mata kerana bola..



kalau nak tau brape brother ni habiskan duit dia..baca la kt metro ye...
Powered By Blogger