Labels

Friday, July 5, 2013

Muhasabah diri

Alhamdulilah hari ni di beri peluang lagi untuk terus hidup di dunia ini mungkin esok kita akan di panggil tuhan. Sementara kesempatan masih ada ini hargailah orang di sekeliling kita. Luangkan masa bersama dan maafkan kesalahan antara satu sama lain. Tak salah kalau kita rendahkan ego kita untuk meminta maaf dengan orang sekeliling kita, atau kita akan terlambat dan menyesal suatu hari nanti. Kita perlu ingat 3 perkara tentang mati yang disembunyikan dari kita ia itu masa, di mana dan bagaimana semua itu rahsia Allah. Bersama kita memanafaatkan masa yang ada kerana masa tak akan kembali selepas ia berlalu.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger