Labels

Friday, July 26, 2013

Dah Separuh Jalan Daa....

Alhamdulillah..sedar tak sedar kita dah sampai dipertengahan Ramadhan..hari ni dah 17 hari kita berpuasa. Persiapan untuk hari raya ape pun aku tak buat lagi..baju raya pun tak sempat nak cari lagi. Biskut raya? hampeh satu pun aku tak sempat buat tahun ni. Klau last year sempat gak aku buat dua jenis biskut walaupun dalam keadaan tak sihat. Errmm..nampak gaya semua biskut tunjuk je la tahun ni. Plan nak buat tapi......dengan kekangan masa dan busy dengan anak lagi memang tak sempat......huhuhu..

okey lah aku tak tau nak taip ape dah..
Selamat berpuasa semua.......daaaa..

Wednesday, July 10, 2013

AHLAM WAA SAHLAM YA RAMADHAN..

Ramadhan datang lagi..Alhamdulillah aku diberi peluang lagi tahun ni untuk bertemu bulan ramadhan yang penuh berkat. Ramadhan kali kedua setelah bergelar isteri dan kali pertama bergelar ibu. Kali kedua menyambut bulan ramadhan bersama suami tercinta. Diberi peluang lagi oleh Allah menunaikan rukun islam ini. Semoga Allah mempemudahkan segala urusan dan meringankan segalanya.
 Pagi ini sungguh bermakna kerana aku dapat bersahur dengan suami dengan baik..kerana tahun lepas aku tak dapat bersahur dengan baik kerana masa tu tengah "mabuk" dan pening-pening sebab morning sickness.
Alhamdulillah aku dapat masak untuk sahur kami ramadan tahun ini walaupun juadahnya simple je..tp bertambah juga my hubby makan sahur tadi...hehehe
Bulan ramadan pernuh berkat ini aku nak mohon maaf dan salah kepada sesiapa yang pernah aku sakiti hatinya sama ada sengaja atau pun tidak..sekiranya ada kata-kata, perbuatan dan ayat-ayat aku yang menyakitkan hati  maaf aku pinta.
Aku harap ramadhan kali ini memberi penuh makna kepada kita semua...aminn.


Monday, July 8, 2013

Keluar pagi balik malam...

Pening aku nak fikir jalan selesai masalah ni. Pergi kerja matahari baru nak naik, balik kerja matahari terbenam..pergi kerja anak tak bangun lagi, balik kerja anak dah tidur, masa untuk anak bila nya?
Kesian betul la..nanti anak tak kenal mak ayah sendiri. Membesar bersama babysitter..adoi hai...kalau ikutkan hati nak saja duk umah. Jadi housewife..kerja nya jaga anak dan urus rumah tangga. Tp tu la..berbelah bagi..sebagai ibu aku nak tengok anak membesar depan mata, dengan tangan aku sendiri..bila anak dapat belajar meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan bercakap, aku nak jadi orang pertama melihat semua tu. Pada masa yang sama aku kesian suami kerja sorang-sorang. Ya Allah berikan aku jalan untuk selesaikan masalah ini..Engkau murahkan rezeki suami ku..Engkau permudahkan segalanya ya Allah..

Saturday, July 6, 2013

Layan sekejap...

Tak guna memujuk lagi
Pabila orang dah benci
Tak perlu rayu simpati
Dia dah tak sudi
oooooooooooooo....
Biarpun ku masih sayang
Kasih ku tak pernah padam
Tetapi apakan daya
Terpaksa ku lepaskan
Sampai hati mu melihat diriku dihukum begini
Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi
lalallalalala.........
Bila orang dah benci tak guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri...
lalalalala
lalalla

pegagi dah layan lagu salem ni..heheh best gak layan jiwang kat opis ni..
layan lagu ni kerje aku tak buat kang...mati la kalau kena dengan bos sat ag...hahaha

Friday, July 5, 2013

Muhasabah diri

Alhamdulilah hari ni di beri peluang lagi untuk terus hidup di dunia ini mungkin esok kita akan di panggil tuhan. Sementara kesempatan masih ada ini hargailah orang di sekeliling kita. Luangkan masa bersama dan maafkan kesalahan antara satu sama lain. Tak salah kalau kita rendahkan ego kita untuk meminta maaf dengan orang sekeliling kita, atau kita akan terlambat dan menyesal suatu hari nanti. Kita perlu ingat 3 perkara tentang mati yang disembunyikan dari kita ia itu masa, di mana dan bagaimana semua itu rahsia Allah. Bersama kita memanafaatkan masa yang ada kerana masa tak akan kembali selepas ia berlalu.

Thursday, July 4, 2013

Baby hat with brim

iklan sekejap...hehe

Fit untuk baby umur 3-6bln 
untuk tempahan blh sms/whatsup no ini 01123786561 <Eizzan>


cakk!! saya dah jadi model mama...hehe comel x??


Renungan sekejap..

Kenapa la kita tak pernah puas dengan apa yang kita ada? Bukan nak cakap kat orang tapi tuk diri aku sendiri jugak. Kadang-kadang ada juga cemburu..hehehe
Tapi kan kita kena la muhasabah diri kita dan perlu kita ingat semua dah ditetapkan sejak dulu lagi dan setiap orang yang hidup kat dunia ni ada bahagian masing-masing. Begitu juga aku, semua orang ada rezeki masing-masing tak perlu kita nak cemburu dengan kelebihan dan kejayaan orang lain. Mungkin itu bukan milik kita. Ingat Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya di dunia ini.
Rezeki kita dah ditetapkan sejak dalam rahim ibu lagi, so jangan lah kita sesali setiap apa yang terjadi walaupun satu hari atau sesaat pun..Allah punya perancangan yang terbaik untuk hamba-Nya.
Sekadar renungan bersama di petang hari..peace :-D

Wednesday, July 3, 2013

DULU DAN SEKARANG...



Hari ni pagi-pagi dah mula fikir balik kerja nanti nak masak ape? Bukan setakat pagi ni dan hari ni..tapi tiap-tiap hari asyik duk pk nak masak apa..kadang-kadang sampai tak tahu nak masak..hahaha. Kalau dulu tak payah nak fikir nak masak apa..makan la ape pun asal kenyang. Bila dah kawin boleh dikatakan hampir 100% berubah (maybe dalam 90% kot) gaya hidup. Dalam setahun usia perkawinan aku, memang hampir semua aktiviti aku dihujung minggu dan hari-hari biasa berubah. Kepenatan!!

Ye la mana tak penat balik kerja kena wat kerja macam gambar di bawah ni...
semua ALL IN ONE..haaisshh boleh pengsan gini..so, suami2 kena paham ye klau si isteri ni 'pot-pet pot-pet'..ngee :-D
tapi kan alangkah bagus kalau suami yang jadi................


heheeh..sekali-sekala apa salahnye kan?

Kepada suami-suami kat luar tu jadi la suami yang baik ye, tolong-tolong la isteri kat umah..


tolong kacau pun ok dah...hehehe...

Tuesday, July 2, 2013

Baby batuk la plak.......

Dah beberapa hari my baby batuk..semalam dah macam selesema plak..risau gak bila baby batuk dan selesema ni. Ye la baby bukan macam kita pandai nak buang kahak sendiri..yang dia tahu nangis je la..jenuh gak la aku duk google macam mana nak kurangkan dan hilangkan batuk baby. jenguk dari satu blog ke satu blog..semua suggest yang sama that is MADU, bawang putih dah daun kaduk..errmm aku cuba madu dulu. alhamdulillah batuk baby dah kurang sikit. Aku campurkan madu dengan sedikit air suam pada mulanya..then aku mula fikir why not aku campukan dengan susu. Hah ambik ko berselera baby aku minum susu dia..haha yela manis katakan. Disini aku nak kongsi sikit la tentang kebaikan MADU..Madu lebah okey bkn Madu yang satu lagi tu..korang jangan pikr MADU yang lagi satu tu ye..haha

  1. Boleh dijadikan penambah perisa dalam masakan,
  2. Bertindak sebagai anti-botik dimana madu bertindak memperkuatkan sel darah putih,
  3. Madu juga berkebolehan menyembuhkan luka.
  4. Madu mudah dicernakan oleh perut kita
  5. Boleh dijadikan sebagai pengawet makanan
  6. dan paling penting madu baik untuk anak-anak.
Sebenarnya banyak lagi khasiat dan manafat madu ni..korang boleh google untuk dapatkan matlumatnya..penat la nak taip..hehehe peace =>
Powered By Blogger