Pagi ini sungguh bermakna kerana aku dapat bersahur dengan suami dengan baik..kerana tahun lepas aku tak dapat bersahur dengan baik kerana masa tu tengah "mabuk" dan pening-pening sebab morning sickness.
Alhamdulillah aku dapat masak untuk sahur kami ramadan tahun ini walaupun juadahnya simple je..tp bertambah juga my hubby makan sahur tadi...hehehe
Bulan ramadan pernuh berkat ini aku nak mohon maaf dan salah kepada sesiapa yang pernah aku sakiti hatinya sama ada sengaja atau pun tidak..sekiranya ada kata-kata, perbuatan dan ayat-ayat aku yang menyakitkan hati maaf aku pinta.
Aku harap ramadhan kali ini memberi penuh makna kepada kita semua...aminn.
No comments:
Post a Comment